Monday, December 28, 2009

berita dari facebook™

berikut merupakan pesanan yg telah di hebahkan melalui mesej facebook dan kini kepada umum. harap ambil maklum..

Assalamualaikum,salam 1 malaysia kepada semua pengikut AKAR,

dukacita dimaklumkan, AKAR Bulan 1 tidak dapat dijalankan atas beberapa sebab tertentu, terutama sekali lokasi.

oleh hal yg demikian, kami akan cuba merealisasikan AKAR bagi pembukaan 2010 pada awal bulan Februari dan hujung bulan Mac.

nantikan berita selanjutnya daripada kami.

untuk performer yang dh block tarikh,
maafkan kami ye...
kite mampu merancang,tapi Tuhan yg menentukan..
mungkin tiada rezeki 'kun fayakun' AKAR bulan januari..

penyampai berita,
Cici


.. ye saya juga terkilan, tapi apa boleh buat, lubang telefon ini kan kecil?

Tuesday, December 8, 2009

Akar - Bulan 1

Assalamualaikum dan salah sejahtera warga pengikut AKAR

Perkhabaran ini diutuskan adalah bertujuan untuk menyampaikan berita tentang kembalinya AKAR pada tahun yang serba baru dan segar 2010.

Tarikh yang dijangka adalah pada 8 Januari 2010 atau 15 Januari 2010.
Molek lah sekiranya kalian mengosongkan hari tersebut untuk berAKAR bersama kami.

InsyaAllah sedikit pembaharuan daripada pihak kami akan dilakukan.
Sekiranya kalian ada cadangan yang hendak diutarakan, silalah2 seminit dua berketik di ruangan 'Cadangan' kami yang disediakan di 'Discussion Board' di Facebook.

Buat mereka yang mahu berkongsi karya,berhibur dan menghibur,berikan nama kepada saya ataupun penguatkuasa AKAR yang lain spt Syai atau Fauzan.

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan kepada kami.

Sekian dahulu dari saya.

Jangan lupa, dua tarikh keramat itu. AKAR akan kembali. ;)

1Rumpun
1NAma
1Bahasa

Yang bertugas,
Cici Suleiman

Monday, November 16, 2009

Teater : Natrah

Assalamualaikum

Kepada sesiapa yang suka menonton teater, jangan lepaskan peluang untuk menonton teater 'Natrah' yang diarahkan oleh pengarah wanita tersohor di Malaysia iaitu Erma Fatima yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 30 November 2009 ini,jam 8.30mlm...

Malam pembukaan pementasan 'Natrah' ini juga merupakan malam amal di mana semua kutipan pada malam tersebut akan disalurkan terus kepada rumah kebajikan yang akan menempatkan kanak-kanak terbuang dan tidak mempunyai tempat tinggal iaitu 'Rumah Lindungan Iman'.

Teater ini menampilkan barisan pelakon handalan seperti Maya Karin, Remy Ishak, Sofea Jane dan Umie Aida.

Harga tiket bermula daripada RM100 dan RM200 dan tempat duduk yang dijanjikan sememangnya memuaskan.

Untuk menempah / membeli terus tiket ini, sila hubungi Cici di talian 0172040420.
C.O.D...


Monday, November 9, 2009

setiap penutup, pasti akan ada pembukanya..

assalamualaikum w.t.b

diharap semua sihat-sihat hendaknya..Alhamdulillah, selesai sudah AKAR Penutup 2009 pada 6/11/2009 yang lalu..syukran, sambutan masih seperti dulu, malah ada pendatang baru..besar rahmat kami rasakan bila setiap yang dirancang berjalan dengan lancar...

kehadiran semua membuatkan AKAR menjadi lebih utuh, harapan kami agar keutuhan itu akan kekal selagi hayat..

dan setiap penutup, pasti akan ada pembukanya..insya Allah dengan izin tuhan yang maha berkuasa, kita akan bertemu lagi di AKAR Pembuka yang akan kami rencanakan pada bulan januari 2010...

semoga 2009 yang bakal meninggalkan kita ini akan memberikan kita satu kenangan abadi yang tidak mungkin kita lupakan, dan harapan kepada 2010 untuk lebih maju dan berjaya hendaknya...insya Allah

PESANAN UNTUK PENGGIAT-PENGGIAT SENI YANG INGIN MENEMPAH NAMA UNTUK MEMPERSEMBAHKAN KARYA MASING-MASING AGAR DAPAT MENDAFTAR DENGAN KADAR YANG SEGERA, E-MEL KAN KEPADA : akar.shahalam@gmail.com

salam AKAR untuk semua...

Monday, November 2, 2009

AKAR di November (penutup 2009)

pertama sekali, ribuan keampunan dipohon diatas kelewatan kami mengemaskini laman blog, dan terima kasih diatas kesabaran dan sokongan semua..alhamdulillah, persiapan sudah pun dikemuncaknya, menunggu hari kejadian nya sahaja..

harapan dan doa agar semuanya berjalan dengan lancar, insya allah kami akn berikan yang terbaik...



kita jumpa di AKAR..!

Wednesday, October 7, 2009

pengumuman yang dinantikan ketibaannya

assalammualaikum dan salam sejahtera. sedikit
berita ringkas buat tatapan teman² di alam siber.
molek kiranya boleh dipanjangkan kepada
pengetahuan teman kepada teman yang lain. Akar akan kembali pada tarikh berikut :-

Tarikh : 06 November 2009
Lokasi : Galeri Seni Shah Alam

Monday, August 17, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak & Bulan Kemerdekaan Malaysia

Kepada warga² Akar yang dikasihi. kami ahlil² komiti dan rakan² usahasama yang lain ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut dan beramal di bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi. semoga kehadiran bulan yang mulia ini bakal disambut dan dihayati dengan penuh ketaqwaan dan kesungguhan dalam menjalankan ibadah dan kehidupan.

Juga kepada warganegara malaysia yang disayangi. selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-52. hargailah sisa peluh dan darah mereka yang terdahulu membentuk negara dengan terus berusaha kearah perpaduan kaum dan memperkasakan bangsa.

akhir kata, ayuh merdekakan jiwa dan akal dari nafsu sembrono!

-fauzan

Wednesday, August 5, 2009

salam ogos. kembalinya berita bulanan buat tatapan

assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung laman sawang (betul ke alihbahasa ni? janggal pulak rasanya). moga sihat sentiasa hendaknya.

mula kata, saya bagi pihak komiti AKAR ingin mengucapkan berjuta² terima kasih kepada mereka² yang telah menghadiri acara kami yang tidak seberapa pada 31 julai 2009 bertempat di galeri seni shah alam. sesungguhnya memang tidak keterlaluan dikatakan kehadiran beberapa "kerat" manusia yg hadir pada malam itu sedikit sebanyak membuatkan kami terus terasa teruja dengan minat² kalian semua. insyallah, ia akan terus membuatkan kami bersemangat untuk memberikan yang terbaik dan termampu di masa hadapan.

untuk makluman umum, acara yang telah berlangsung pada 31 julai tempohari merupakan suatu kejadian yg penuh dengan pelbagai dugaan buat kami, dari kes kekurangan tenaga kerja, keadaan semasa yg tidak menggalakkan, hingga ke pelbagai masalah pra-produksi baik dari segi teknikal mahupun emosi hampir saja membuatkan acara hampir tidak berlangsung langsung pada saat akhir. bagaimanapun, bila teringat janji asal komiti kepada perlaksanaan AKAR sebagai sebuah pentas untuk kami dan mereka² yang berminat untuk 'beri balik' kepada minat dan ruang kepada yg turut mempunyai selera seni yang sama mahupun yang baru untuk dikongsi bersama tanpa kerenah dan birokrasi (insyallah). kami tetap cuba menjayakan acara walaupun tanpa keperluan asas seperti pemegang mikrofon! terbukti tanpa kelibat pemegang mikrofon tersebut kami dapat melihat semangat setiakawan yg tidak berbelah bagi dan usaha tolong menolong diantara sesetengah pihak. malah tidak keterlaluan jika dikatakan ada sesetengah penampilan 'pemegang' mikrofon ini lebih baik daripada rupa bentuk pemegang mikrofon yang biasa (gurau).

apapun, bagi sesetengah orang, ketiadaan sesetengah perkara asas mungkin akan mencacatkan keadaan tapi kami bersyukur disebalik ralat² ini maka terbit usaha² murni dikalangan mereka yang hadir. siapa kata pengunjung² acara AKAR cuma tau datang bawa badan dan mulut saja? ternyata mereka² juga sudah semakin arif tentang konsep acara yang menggalakkan sedikit usaha bergotong royong di kalangan kita. pada mereka, saya tabik hormat~!

kepada mereka yang hadir dengan keyakinan yang tinggi untuk membuat persembahan, kami ucapkan bergunung² terima kasih kepada kalian juga kerana masih percaya dgn acara kami. seronok juga bila tengok watak² seperti bard, ninja seni, ash, sound of acoustic dan serambi makin selesa bergelanggang dengan kami. itu juga yang kami mahukan. kepada mereka yang masih baru dgn kami seperti dubbers inc, reza salleh, captain g dan lain lain yang namanya masih janggal di ingatan kami, masih banyak yang kami ingin kenal dengan kalian dan diharap kalian sudi datang lagi ke majlis kami dan insyallah, dalam keadaan yg lebih menyeronokkan. seperkara lagi yg suka kami ingatkan kepada performer² ini ialah betapa acara akar ini bukan terhad kepada klise persembahan pentas semata. gunakanlah acara kami untuk saling berkenal-kenalan diantara hadirin yang datang baik diantara performer², peminat² kamu mahupun bakat² kamu sendiri yang mungkin kamu belum kenali lagi. di acara kami, kamu bebas untuk bereksperimentasi (dengan batas tatasusila sesuai dgn budaya masyarakat malaysia, terima kasih). dengan erti kata lain, kami tidak galakkan kamu datang dengan apa yang kamu pegang saja. mungkin ada perkara² lain yang boleh kamu tunjuk dan lakukan kepada mereka yang hadir. ia lebih kepada bagaimana kamu berinteraksi dan manipulasi keadaan semasa. insyallah perkara² ini boleh dibawa berbincang dari semasa ke semasa andai ada yg musykil dengan konsep kami dan kami memang mengalu alukan sebarang bentuk pertanyaan, diskusi dan cadangan terhadap aktiviti kami.


notakaki : walaupun saya sudah tidak lagi terlibat secara langsung sebagai komiti AKAR disebabkan komitmen harian yang lain, saya masih mengambil kisah mengenai perjalanan acara ini. malah disebabkan teruja dengan tindakan dan komitmen ahlil² komiti yg sedia ada membuatkan saya rasa terpanggil untuk terus membantu semana yang mampu. saya tidak perlukan gelaran dan kedudukan untuk membantu kerana pada saya keikhlasan itu lebih penting dan lebih memberi kepuasan dalam menjayakan acara seperti AKAR yang sedari dulu saya kenali, tidak pernah berkiblatkan keuntungan dalam bentuk kewangan. ini kerana AKAR yg diilhamkan dari minda segerombolan manusia yg rajin duduk berbincang lebih setia mewujudkan sebuah acara yang boleh memberi semula kepada segenap kelompok masyarakat yang wujud disekelilingnya asalkan ia tidak disalah erti dan dimanipulasi oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.


siapa fauzan? beliau merupakan salah seorang komiti asal Layar Tanchap Shah Alam yg kemudian dikenali sebagai AKAR. bagaimanapun mengikut peredaran semasa, beliau memutuskan untuk tidak lagi terus terlibat secara langsung sebagai komiti disebabkan komitmen semasa. bagaimanapun, bermula dari ogos 2009, beliau akan lebih menjerumuskan diri beliau kepada penjagaan dan pengemaskinian maklumat di laman sawang utama AKAR di blogspot™ dan facebook™ sahaja. sekiranya ada pihak yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan AKAR, boleh berbuat demikian dengan menghubungi saudara syai & sham. manakala bagi mereka yang segan untuk mendengar suara mahupun berbincang dengan jejaka² berikut disebabkan oleh perbezaan dan keperluan mendapatkan pandangan dan cadangan dari jantina yang sesuai dgn fizikal mereka, boleh menghubungi saudari cici. bagaimanapun jangan terkejut sekiranya saudari cici yang dihubungi mempunyai suara mirip lelaki kerana kebarangkalian talian yang dihubungi mungkin akan disambung terus kepada saudara syai amatlah tinggi. harap maklum

Friday, July 17, 2009

masa yg ditunggu telah tiba..!


Bissmillah...alhamdulillah

setelah selesai semua jemputan karyawan, sekarang jemputan ini diajukan untuk semua rakan2..kami kembali di Julai ini dengan penampilan2 karyawan2 seni yg baru dan tidak kurang hebatnya...sokongan dari rakan2 smua telah memberikan semangat pada kami untuk terus berdiri teguh...terima kasih....

pertanyaan dan kemusykilan..? hubungi :

012-9364500 syai
017-2040420 cici

Sunday, July 12, 2009

AKAR kembali di JULAI

salam muhibbah...

insya allah kalau tiada apa aral melintang dan memandangkan smuanya masih lagi dalam tempoh persetujuan dan perbincangan, AKAR akn kembali di julai 31...tempat, masih lagi dalam perbincangan..maaf diatas segala kelewatan kami...

seperti biasa, dengan kudrat dan kesederhanaan, kami mengharapkan agar rakan2 seperjuangan dapat mendoakan kejayaan kami untuk kesekiankalinya...

ada banyak acara yang akn menanti rakan2 smua..jadi, jgn lupa untuk menyampaikan perkabaran ini kepada yang lain...

Friday, June 26, 2009

Salam Takziah

Assalamualaikum,

Kami semua dari komiti Akar Shah Alam ingin mengucapkan salam takziah buat En Ahmad Fauzan atas pemergian ayahanda beliau pada.

Al-Fatihah~

Friday, May 29, 2009

Tamatnya Akar Mei

Alhamdulillah

Syukur ke hadrat-Nya, AKAR berjalan dengan lancar dan alhamdulillah tidak terlebih masa seperti yang pernah terjadi pada majlis-majlis sebelumnya.

Ribuan & jutaan penghargaan ditujukan kepada semua yang membuat persembahan dan juga kesemua pengunjung AKAR. Walaupun majlis bermula agak lewat dari kebiasaan atas beberapa sebab tertentu seperti pentelagahan dengan acara lain,kami berjaya merealisasikan AKAR dengan sokongan dan komitmen daripada ahli komiti dan juga mereka-mereka membuat persembahan. Antaranya ialah Sound Of Acoustic, Captain G, Otamdan Amylea OIAM , Ashrak Ishak & Pn. Aishah, filem pendek daripada UiTM. Dan buat julung kalinya kami membawakan AKAR kepada mereka yang tidak dapat hadir pada majlis tersebut menerusi web tv iatu Akarshahalam @ Justin TV. Oleh kerana baru kali pertama, beberapa komplikasi timbul. Maafkan kami ye...

Secara keseluruhannya, saya mewakili ahli kerajaan AKAR yang lain sangat menghargai komitmen dan sokongan daripada semua yang terlibat secara langsung atau tidak. Sokongan kalian tidak mungkin kami lupakan dan insyaAllah jika diizinkan-Nya, kita akan bertemu lagi pada bulan Julai yang akan datang bersempena dengan merdeka dan juga sebelum bermulanya bulan Ramadhan. Jangan pernah henti memberi sokongan kepada kami.

Yang menjalankan tugas,
Firdaus Faiz
Syaiful Redzuan
Cici Suleiman
Ahmad Fauzan
Eizani Yaacob
Shaik Zafrul
dll

dari belakang tabir, secara langsung.. insyallah

masih ingatkah kalian pada janji kami utk cuba menyajikan kepada kamu kamu semua acara akar secara langsung dari internet?

pada malam ini, kami akan membuat percubaan video streaming secara 'trial & error' melalui laman web justin.tv kepada sesiapa yang mempunyai akaun di website tersebut, bolehlah mencari keyword 'akar shah alam' insyallah, buat masa kini hanya kami yang pakai nama channel tersebut.

memandangkan kami tak sempat nak pandu uji keberkesanan sistem online ini, jadi kami tidak berjanji semuanya akan berjalan secara langsung tanpa gangguan. diharap boleh kalian boleh bersabar sekiranya ada gangguan dan teruskan bagi feedback. insyallah, mana yang boleh di improvise, akan kami laksanakan secara langsung.

sekali lagi. alamat kami di : http://www.justin.tv/akarshahalam

nota tambahan : memandangkan kami cuma pakai webcam. jadi kemungkinan sudut pemandangan akan lebih bersifat pandangan 'dari belakang tabir'. mohon dimaafkan

Friday, May 22, 2009

Dilayarkan Khabar Ini

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, tinggal kurang dari 7 hari lagi kita akan bersua.

Dan gambar di bawah ini adalah bukti bahawa acara ini akan berlangsung pada 29 Mei 2009 ini dan dibarisi oleh mereka-mereka yang tertera namanya. Dari gurindam jiwa, lontaran kata, layar seni dan juga sudut gantung.

Harap kalian yang membaca ini dapat hadir dan memberi sokongan kepada kami dan mereka-mereka yang berbakat ini.

untuk sebarang pertanyaan, sila lah hubungi terus dgn urus setia kami ye...

Tuesday, May 5, 2009

hari yg dinanti telah tiba....

assalamualaikum w.t.b....

pasti smua sdah tertanya-tanya, bilakah tarikhnya...setelah diperkenankan oleh mohor2 bsar AKAR, maka telah ditetapkan tarikh AKAR untuk sesi yg kedua tahun 2009, jatuh pada tarikh...

29 mei 2009...bertempat di LAMAN BUDAYA SHAH ALAM....(bersebelahan dgn galeri seni shah alam)...masanya, sperti biasa, berkumpul slepas waktu maghrib..dan bermula slepas isya'..ada beberapa kejutan akn berlaku...sperti biasa, barisan 'pengukir seni' masih lagi dirahsiakan...

diharap sokongan dari smua tdak akn luntur...nntikan paparan iklan kami dlm masa terdekat ini...

wassallam....

Wednesday, March 4, 2009

bila tarikhnya?bila harinya?

khabar-khabar angin
kami akan kembali bulan ini

tapi sekadar khabar angin

namun begitu, kami akan cuba merealisasikan semua

ramai bertanya,
bila tarikhnya?bila harinya?

nantikan saja ye teman-teman...
kami akan kembali

kalau bukan bulan ini,
mungkin bulan hadapan...

sabar ye?
kerana yg pasti, AKAR akan kembali

assalamualaikum

salah sekuntum bunga,
-nona cici-

Monday, February 9, 2009

sedikit penambah kata..

assalammualaikum & salam sejahtera pada semua

selalunya, akan jadi kebiasaan saya buat kemaskini segala maklumat terkini bagi pihak komiti LTSA, dan terbaru AKAR. tapi sejak kebelakangan ini, kesukaran mencari masa yang sesuai untuk diluangkan kepada aktivi alam maya ni telah membantutkan banyak peluang saya untuk menyumbang tenaga & masa sehingga memaksa saya mengumumkan pengunduran diri dari menjadi ahli komiti AKAR secara tetap. dengan kata lain, bermula dari 30hb januari 2009tempohari, merupakan penglibatan saya yang terakhir sebagai ahlil alkomiti bagi AKAR. selepas ini saya akan lebih mampu menyumbang idea dan sedikit sumbangan mengikut kemampuan semasa saja. selepas ini jangan terkejut jika nampak kelibat saya datang dan duduk setikar dengan anda berbanding dengan pemandangan biasa saya yg kehulu-kehilir dibelakang pentas mencari performer seperti biasa. dengan itu juga, saya mencadangkan kepada sesiapa jua yang teringin mendapat info terkini mengenai akar sebagai performer mahupun gerai, boleh berhubung terus dengan encik syai mahupun cik cici ataupun ahli komiti yang lain seperti saudara alvin, afoi, eizani dan eidil mahupun bos kami, encik sham. ini lebih afdal

sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada komiti AKAR kerana berjaya melangsungkan acara pada 30hb januari lepas. semoga ia akan menjadi sesuatu 'benchmark' pada acara akan datang. saya juga ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakyat² AKAR yang telah datang memenuhi setiap ruang legar galeri shah alam. insyallah didalam masa terdekat ni kita bakal berjumpa lagi.

oh ya, saya ada menerima beberapa pertanyaan mengenai tarikh acara AKAR seterusnya. kalau mengikut perancangan asal, kita akan adakan AKAR pada setiap jumaat pertama,setiap dua bulan bermula dari bulan januari sesuatu tahun. tapi telah terbukti ada beberapa perkara yang akan membuat komiti merubah perancangan awal ini. jadi secara logiknya, tarikh seterusnya bagi acara AKAR jatuh pada jumaat 6hb mac 2009. jadi saranan saya, pre-booklah tarikh itu untuk AKAR. bagaimanapun, kami akan sentiasa kemaskini maklumat ini dan rest assured, anda semua akan dapat maklumat terkini berkaitan tarikh acara kami di sini mahupun facebook group kami -ini merupakan dua medium utama kami dalam menyampaikan maklumat terkini.

terima kasih,
-fzn

Tuesday, January 27, 2009

salam permulaan..

mulai tanggal 30hb januari 2009, bermulalah sebuah perjalanan baru bagi sekumpulan manusia yang selama ini percaya, mereka mampu untuk menyumbang sesuatu kepada perkembangan seni 'gelombang kecil' disekeliling mereka. mereka percaya, apa saja boleh dilaksanakan walaupun dipandang serong oleh segelintir manusia. mereka percaya masih ada tempat untuk gelombang kecil ini menyesuaikan diri didalam persekitaran semasa. mereka percaya mereka boleh mendekatkan diri penggiat seni dengan mereka yang tidak memahami, didalam suasana yang harmoni. Insyallah, ini masih menjadi pegangan kami.

salam perkenalan, kami komuniti AKAR Shah Alam akan menyambung pergerakkan Layar Tanchap Shah Alam dengan mengekalkan perkara yang baik dan menambah baik beberapa perkara mengikut keperluan semasa. kepada kalian yang telah biasa dengan acara Layar Tanchap, Insyallah tiada kesukaran bagi menyesuaikan diri. bagi mereka² yang baru mahu mengenali kami. kami sarankan anda turut hadir keacara kami yang akan dicanangkan pada blog ini. buat masa kini. satu acara telah pun dirancang bakal berlangsung pada 30hb januari ini :


sehubungan juga dengan itu, kami ingin mengambil kesempatan ini utk menjemput kalian untuk datang ke acara kami. jemputan ini adalah terbuka kepada semua ;)

dalam perkara lain, kami juga galakkan kalian yang mempunyai blog, terutama sekali akaun blogger untuk menggunakan sepenuhnya fungsi 'Following' yang disediakan bagi memudahkan mendapat info terkini. terima kasih