Wednesday, August 5, 2009

salam ogos. kembalinya berita bulanan buat tatapan

assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung laman sawang (betul ke alihbahasa ni? janggal pulak rasanya). moga sihat sentiasa hendaknya.

mula kata, saya bagi pihak komiti AKAR ingin mengucapkan berjuta² terima kasih kepada mereka² yang telah menghadiri acara kami yang tidak seberapa pada 31 julai 2009 bertempat di galeri seni shah alam. sesungguhnya memang tidak keterlaluan dikatakan kehadiran beberapa "kerat" manusia yg hadir pada malam itu sedikit sebanyak membuatkan kami terus terasa teruja dengan minat² kalian semua. insyallah, ia akan terus membuatkan kami bersemangat untuk memberikan yang terbaik dan termampu di masa hadapan.

untuk makluman umum, acara yang telah berlangsung pada 31 julai tempohari merupakan suatu kejadian yg penuh dengan pelbagai dugaan buat kami, dari kes kekurangan tenaga kerja, keadaan semasa yg tidak menggalakkan, hingga ke pelbagai masalah pra-produksi baik dari segi teknikal mahupun emosi hampir saja membuatkan acara hampir tidak berlangsung langsung pada saat akhir. bagaimanapun, bila teringat janji asal komiti kepada perlaksanaan AKAR sebagai sebuah pentas untuk kami dan mereka² yang berminat untuk 'beri balik' kepada minat dan ruang kepada yg turut mempunyai selera seni yang sama mahupun yang baru untuk dikongsi bersama tanpa kerenah dan birokrasi (insyallah). kami tetap cuba menjayakan acara walaupun tanpa keperluan asas seperti pemegang mikrofon! terbukti tanpa kelibat pemegang mikrofon tersebut kami dapat melihat semangat setiakawan yg tidak berbelah bagi dan usaha tolong menolong diantara sesetengah pihak. malah tidak keterlaluan jika dikatakan ada sesetengah penampilan 'pemegang' mikrofon ini lebih baik daripada rupa bentuk pemegang mikrofon yang biasa (gurau).

apapun, bagi sesetengah orang, ketiadaan sesetengah perkara asas mungkin akan mencacatkan keadaan tapi kami bersyukur disebalik ralat² ini maka terbit usaha² murni dikalangan mereka yang hadir. siapa kata pengunjung² acara AKAR cuma tau datang bawa badan dan mulut saja? ternyata mereka² juga sudah semakin arif tentang konsep acara yang menggalakkan sedikit usaha bergotong royong di kalangan kita. pada mereka, saya tabik hormat~!

kepada mereka yang hadir dengan keyakinan yang tinggi untuk membuat persembahan, kami ucapkan bergunung² terima kasih kepada kalian juga kerana masih percaya dgn acara kami. seronok juga bila tengok watak² seperti bard, ninja seni, ash, sound of acoustic dan serambi makin selesa bergelanggang dengan kami. itu juga yang kami mahukan. kepada mereka yang masih baru dgn kami seperti dubbers inc, reza salleh, captain g dan lain lain yang namanya masih janggal di ingatan kami, masih banyak yang kami ingin kenal dengan kalian dan diharap kalian sudi datang lagi ke majlis kami dan insyallah, dalam keadaan yg lebih menyeronokkan. seperkara lagi yg suka kami ingatkan kepada performer² ini ialah betapa acara akar ini bukan terhad kepada klise persembahan pentas semata. gunakanlah acara kami untuk saling berkenal-kenalan diantara hadirin yang datang baik diantara performer², peminat² kamu mahupun bakat² kamu sendiri yang mungkin kamu belum kenali lagi. di acara kami, kamu bebas untuk bereksperimentasi (dengan batas tatasusila sesuai dgn budaya masyarakat malaysia, terima kasih). dengan erti kata lain, kami tidak galakkan kamu datang dengan apa yang kamu pegang saja. mungkin ada perkara² lain yang boleh kamu tunjuk dan lakukan kepada mereka yang hadir. ia lebih kepada bagaimana kamu berinteraksi dan manipulasi keadaan semasa. insyallah perkara² ini boleh dibawa berbincang dari semasa ke semasa andai ada yg musykil dengan konsep kami dan kami memang mengalu alukan sebarang bentuk pertanyaan, diskusi dan cadangan terhadap aktiviti kami.


notakaki : walaupun saya sudah tidak lagi terlibat secara langsung sebagai komiti AKAR disebabkan komitmen harian yang lain, saya masih mengambil kisah mengenai perjalanan acara ini. malah disebabkan teruja dengan tindakan dan komitmen ahlil² komiti yg sedia ada membuatkan saya rasa terpanggil untuk terus membantu semana yang mampu. saya tidak perlukan gelaran dan kedudukan untuk membantu kerana pada saya keikhlasan itu lebih penting dan lebih memberi kepuasan dalam menjayakan acara seperti AKAR yang sedari dulu saya kenali, tidak pernah berkiblatkan keuntungan dalam bentuk kewangan. ini kerana AKAR yg diilhamkan dari minda segerombolan manusia yg rajin duduk berbincang lebih setia mewujudkan sebuah acara yang boleh memberi semula kepada segenap kelompok masyarakat yang wujud disekelilingnya asalkan ia tidak disalah erti dan dimanipulasi oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.


siapa fauzan? beliau merupakan salah seorang komiti asal Layar Tanchap Shah Alam yg kemudian dikenali sebagai AKAR. bagaimanapun mengikut peredaran semasa, beliau memutuskan untuk tidak lagi terus terlibat secara langsung sebagai komiti disebabkan komitmen semasa. bagaimanapun, bermula dari ogos 2009, beliau akan lebih menjerumuskan diri beliau kepada penjagaan dan pengemaskinian maklumat di laman sawang utama AKAR di blogspot™ dan facebook™ sahaja. sekiranya ada pihak yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan AKAR, boleh berbuat demikian dengan menghubungi saudara syai & sham. manakala bagi mereka yang segan untuk mendengar suara mahupun berbincang dengan jejaka² berikut disebabkan oleh perbezaan dan keperluan mendapatkan pandangan dan cadangan dari jantina yang sesuai dgn fizikal mereka, boleh menghubungi saudari cici. bagaimanapun jangan terkejut sekiranya saudari cici yang dihubungi mempunyai suara mirip lelaki kerana kebarangkalian talian yang dihubungi mungkin akan disambung terus kepada saudara syai amatlah tinggi. harap maklum

3 comments:

  1. sy dtg mlm tu.. baru beberapa kali dtg.. AKAR best! eh.. kt atas ni PETAK salah seorang performer mlm tu ke? (pening)

    ReplyDelete