Monday, September 13, 2010

KL 48 Hour Film Project


KUALA LUMPUR, SEPTEMBER 2010 - Pertandingan 48 Hour Film Project peringkat antarabangsa bermula pada tahun 2001 dan diilhamkan bagi menjawab persoalan sama ada bolehkah sesebuah filem disiapkan dalam masa 2 hari sahaja? Dijadualkan akan bermula pada Oktober 2010, KL merupakan salah satu destinasi untuk pembikin filem di Malaysia yang berbakat besar untuk mendemostrasikan bakat dan kreativiti di negara sendiri dan juga di negara luar.

Bermula di benua Amerika sejak tahun 2001, 48 Hour Film Project sudah dianjurkan di beberapa negara seperti India, Netherlands, England, Jerman, Singapura, Afrika, Algeria, Korea dan beberapa lagi negara lain. Malaysia terpilih sebagai salah sebuah negara yang terbaru untuk menyertai pertandingan ini. Bukan sahaja tertumpu kepada pertandingan itu sendiri, pelbagai aktiviti akan berlangsung sempena KL 48 Hour Film Project ini nanti.

Macam mana ye pertandingan ini dijalankan? Semua kumpulan yang mengambil bahagian sememangnya diberikan hanya 48 jam untuk menulis skrip, merakam, menyunting dan menghasilkan sebuah filem pendek (durasi maksimum 7 minit sahaja). Setiap kumpulan akan mendapat genre secara rambang untuk karya agung mereka itu 15 minit sebelum pertandingan bermula. Mereka akan dilengkapkan dengan sebuah karakter, sebuah prop dan sebaris dialog yang harus dipaparkan di dalam produk terakhir filem pendek tersebut. Pemenang di KL (akan dipilih oleh beberapa orang pengadil profesional) akan dibawa untuk mewakili Malaysia di pertandingan akhir peringkat antarabangsa 48 Hour Film Project di Las Vegas Filmapalooza 2011!

Untuk pengenalan bagi pertandingan ini, KL 48 Hour Film Project akan berkunjung ke beberapa universiti sekitar Lembah Klang untuk sesi ‘Meet & Greet’ bagi tujuan mempromosikan, sekaligus menarik minat pelajar-pelajar terutamanya pelajar filem untuk menyertai pertandingan ini. Antara lokasi ‘Meet & Greet’ yang akan dikunjungi ialah UiTM Puncak Perdana, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Multimedia, HELP University College dan sebuah restoran di tengah bandar KL iaitu Palate Palette. Pendaftaran juga sudah dibuka! Penyertaan awal sebelum 4 Oktober 2010 hanya perlu membayar RM350 bagi satu kumpulan yang tidak mempunyai had ahli dan selepas tarikh tersebut, yuran pembayaran akan menjadi RM400. Segala maklumat tentang pendaftaran dan pertandingan ini, mereka yang berminat boleh mengunjungi laman web rasmi KL 48 Hour Film Project di http://www.kl48hourfilm.com.

Pertandingan KL 48 Hour Film Project ini akan bermula secara rasminya ketika Kick-Off pada 29 Oktober 2010. Acara Kick-Off ini merupakan permulaan 48 jam pertandingan dan disitulah peserta diberikan sebuah karakter, sebuah prop dan sebaris dialog. Manakala pertandingan akan berakhir semasa Drop-Off iaitu 48 jam atau 2 hari selepas itu pada 31 Oktober 2010. Lokasi bagi Kick-Off dan Drop-Off ini akan diberitahu kelak.

Selepas acara Kick-Off dan Drop-Off, acara tayangan filem-filem pendek yang dipertandingkan akan menyusul dan berlangsung pada 3 dan 4 November 2010. Lokasi yang dipilih untuk acara tayangan ini adalah di Pawagam Colliseum, KL. Semasa acara tayangan ini, pengadil-pengadil profesional akan hadir untuk mengadili kesemua filem-filem pendek dan mereka terdiri daripada pembikin-pembikin filem yang berpengalaman luas dalam industri perfileman.

Jika ada yang tidak berminat untuk menjadi pembikin filem tetapi sukakan sesuatu yang baru dan luar biasa, jangan risau! KL 48 Hour Film Project akan menganjurkan festival yang akan menampilkan tayangan filem-filem pendek yang bertanding, persembahan muzik oleh selebriti tempatan dan persembahan kesenian oleh penggiat seni independent dan juga gerai jualan.

Sebarang pertanyaan berkenaan acara ini, sila berhubung dengan penerbit KL 48 Hour Film Project:

kl48hfp@gmail.com



3 comments:

  1. salam kenal.. jemput singgah blog hamba (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca pengalaman hamba kembara ke 46 buah negara.. :)

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete