Monday, September 13, 2010

KL 48 Hour Film Project


KUALA LUMPUR, SEPTEMBER 2010 - Pertandingan 48 Hour Film Project peringkat antarabangsa bermula pada tahun 2001 dan diilhamkan bagi menjawab persoalan sama ada bolehkah sesebuah filem disiapkan dalam masa 2 hari sahaja? Dijadualkan akan bermula pada Oktober 2010, KL merupakan salah satu destinasi untuk pembikin filem di Malaysia yang berbakat besar untuk mendemostrasikan bakat dan kreativiti di negara sendiri dan juga di negara luar.

Bermula di benua Amerika sejak tahun 2001, 48 Hour Film Project sudah dianjurkan di beberapa negara seperti India, Netherlands, England, Jerman, Singapura, Afrika, Algeria, Korea dan beberapa lagi negara lain. Malaysia terpilih sebagai salah sebuah negara yang terbaru untuk menyertai pertandingan ini. Bukan sahaja tertumpu kepada pertandingan itu sendiri, pelbagai aktiviti akan berlangsung sempena KL 48 Hour Film Project ini nanti.

Macam mana ye pertandingan ini dijalankan? Semua kumpulan yang mengambil bahagian sememangnya diberikan hanya 48 jam untuk menulis skrip, merakam, menyunting dan menghasilkan sebuah filem pendek (durasi maksimum 7 minit sahaja). Setiap kumpulan akan mendapat genre secara rambang untuk karya agung mereka itu 15 minit sebelum pertandingan bermula. Mereka akan dilengkapkan dengan sebuah karakter, sebuah prop dan sebaris dialog yang harus dipaparkan di dalam produk terakhir filem pendek tersebut. Pemenang di KL (akan dipilih oleh beberapa orang pengadil profesional) akan dibawa untuk mewakili Malaysia di pertandingan akhir peringkat antarabangsa 48 Hour Film Project di Las Vegas Filmapalooza 2011!

Untuk pengenalan bagi pertandingan ini, KL 48 Hour Film Project akan berkunjung ke beberapa universiti sekitar Lembah Klang untuk sesi ‘Meet & Greet’ bagi tujuan mempromosikan, sekaligus menarik minat pelajar-pelajar terutamanya pelajar filem untuk menyertai pertandingan ini. Antara lokasi ‘Meet & Greet’ yang akan dikunjungi ialah UiTM Puncak Perdana, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Multimedia, HELP University College dan sebuah restoran di tengah bandar KL iaitu Palate Palette. Pendaftaran juga sudah dibuka! Penyertaan awal sebelum 4 Oktober 2010 hanya perlu membayar RM350 bagi satu kumpulan yang tidak mempunyai had ahli dan selepas tarikh tersebut, yuran pembayaran akan menjadi RM400. Segala maklumat tentang pendaftaran dan pertandingan ini, mereka yang berminat boleh mengunjungi laman web rasmi KL 48 Hour Film Project di http://www.kl48hourfilm.com.

Pertandingan KL 48 Hour Film Project ini akan bermula secara rasminya ketika Kick-Off pada 29 Oktober 2010. Acara Kick-Off ini merupakan permulaan 48 jam pertandingan dan disitulah peserta diberikan sebuah karakter, sebuah prop dan sebaris dialog. Manakala pertandingan akan berakhir semasa Drop-Off iaitu 48 jam atau 2 hari selepas itu pada 31 Oktober 2010. Lokasi bagi Kick-Off dan Drop-Off ini akan diberitahu kelak.

Selepas acara Kick-Off dan Drop-Off, acara tayangan filem-filem pendek yang dipertandingkan akan menyusul dan berlangsung pada 3 dan 4 November 2010. Lokasi yang dipilih untuk acara tayangan ini adalah di Pawagam Colliseum, KL. Semasa acara tayangan ini, pengadil-pengadil profesional akan hadir untuk mengadili kesemua filem-filem pendek dan mereka terdiri daripada pembikin-pembikin filem yang berpengalaman luas dalam industri perfileman.

Jika ada yang tidak berminat untuk menjadi pembikin filem tetapi sukakan sesuatu yang baru dan luar biasa, jangan risau! KL 48 Hour Film Project akan menganjurkan festival yang akan menampilkan tayangan filem-filem pendek yang bertanding, persembahan muzik oleh selebriti tempatan dan persembahan kesenian oleh penggiat seni independent dan juga gerai jualan.

Sebarang pertanyaan berkenaan acara ini, sila berhubung dengan penerbit KL 48 Hour Film Project:

kl48hfp@gmail.com



Tuesday, July 27, 2010

AKAR di TUJUH!!


HARUS HADIR
BERBAJU KURUNG / BERBAJU MELAYU / BERKAIN BATIK / BERKAIN PELIKAT
TAK PERLU BAYAR APA2
BERHIBUR BERSAMA-SAMA
DAN BERAMAL DENGAN MENDERMA DI TABUNG AKAR

ADA BENDA NAK TANYA?
CALL 0133864990 (CICI) ATAU 0133850944 (SYAI) ATAU 0166284375 (FAUZAN)

Saturday, May 29, 2010

Berakhir Akar di Lima

Assalamualaikum

Tiap seorang daripada kami ingin melahirkan rasa syukur dan

jutaan dan setinggi penghargaan kepada:

1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana memberi ruang dan kemudahan di Laman Budaya, Shah Alam. Menyokong segala keperluan dan semangat memperjuangkan AKAR.

2. Deo Entertainment kerana masih sudi menjadi penaja sound system setiap kali adanya AKAR.

3. Pemuzik-pemuzik seperti Soul, Iskandar Zulkarnain, Senandung, Cherita & Dakmie dan Azreel Azhar. Indah segala karya kalian.

4. Pejuang kata yang sudi melontarkan rasa di jiwa, Fynn Jamal, Wakdol, Fahmee MBSA. Tiap kata yg kalian luahkan tercuit dan tersentuh rasanya.

5. Filem pendek yg tersangat pendek iaitu Sujud, terima kasih.

Dan semua pengunjung, pengikut, penggemar, peminat, semua semua la yang masih mengikut AKAR.

Kalau boleh group hug, confirm kami buat kat anda semua.

Jangan lupa, 30 Julai kami akan kembali lagi...

Tapi datang la Bijou Bazaar pada 12 & 13 Jun 2010 nanti di MAP Solaris, Mont Kiara.

AKAR akan membuka pentas di sana, insyaAllah.

=) sebarang pertanyaan seperti biasa, cari kami di facebook,atau emailkan kepada cicisuleiman@gmail.com , syai.redz@gmail.com, akar.shahalam@gmail.com atau
CALL terus 0133864099 (cici) / 0133850944 (syai) / 0166284375 (fauzan)

Terima kasih.

Monday, May 3, 2010

sawang lelabah ditiup

Assalamualaikum pengikut,peminat,pembaca,dll

Bersawang sudah laman ini...
Sedikit pun tiada dicoret walau sepatah kata sejak bulan Disember 2009...
Ampun dan maaf dipinta, leka kami dengan teknologi...
Yg satu tiba dan lebih cepat digemari (Facebook), yg vintage dan lama ini (blogspot)
seakan-akan dilupai...

Pertama sekali ingin dipanjatkan rasa syukur, Jabatan Kesenian & Kebudayaan MBSA sudi memberikan kami kerjasama dan ruang untuk menjayakan AKAR seperti apa yang dirancangkan oleh kesemua ahli komiti..dan buat pertama kalinya AKAR bersama MBSA telah berlangsung pada 26 Mac 2010...Dan sekali lagi diberi kepercayaan untuk sama-sama membantu menjayakan Malam Puisi Riong Shah Alam, bersama Berita Harian..

Kepercayaan yang diberikan kepada MBSA adalah kerana sokongan yang tiada putus diberikan ketika berlangsungnya AKAR pada 26 Mac 2010...Lalu kami berharap, anda semua jika tidak keberatan, kosongkan tarikh2 yg akan diberikan ini supaya dapat bersama-sama kami pada AKAR yang seterusnya..InsyaAllah dengan sokongan kalian semua, AKAR pasti terus akan berada di Laman Budaya, Shah Alam bermula dari Mac yang lalu sehinggalah penghujung tahun 2011 nanti...insyaAllah..

Tarikh-tarikh yang harus anda kosongkan:
1. 28 Mei 2010
2. 30 Julai 2010

2011:
1. 7 Januari 2011
2. 25 Mac 2011
3. 6 Mei 2011
4. 22 Julai 2011
5. 2 September 2011
6. 25 November 2011

Jadi apa lagi? 'X' kan kalendar kalian sekarang! =D

p/s : mana2 atau siapa2 yang ingin berkongsi permaidani persembahan dengan AKAR atau ada hasil seni yang mahu dipamerkan,pilih lah tarikh-tarikh kalian, kami akan cuba laksanakan...emailkan kepada: cicisuleiman@gmail.com / akar.shahalam@gmail.com
atau call terus Cici : 0172040420 / Syai : 0133850944 / Fauzan: 0166283475
CALL TAU!jgn sms!

Monday, December 28, 2009

berita dari facebook™

berikut merupakan pesanan yg telah di hebahkan melalui mesej facebook dan kini kepada umum. harap ambil maklum..

Assalamualaikum,salam 1 malaysia kepada semua pengikut AKAR,

dukacita dimaklumkan, AKAR Bulan 1 tidak dapat dijalankan atas beberapa sebab tertentu, terutama sekali lokasi.

oleh hal yg demikian, kami akan cuba merealisasikan AKAR bagi pembukaan 2010 pada awal bulan Februari dan hujung bulan Mac.

nantikan berita selanjutnya daripada kami.

untuk performer yang dh block tarikh,
maafkan kami ye...
kite mampu merancang,tapi Tuhan yg menentukan..
mungkin tiada rezeki 'kun fayakun' AKAR bulan januari..

penyampai berita,
Cici


.. ye saya juga terkilan, tapi apa boleh buat, lubang telefon ini kan kecil?

Tuesday, December 8, 2009

Akar - Bulan 1

Assalamualaikum dan salah sejahtera warga pengikut AKAR

Perkhabaran ini diutuskan adalah bertujuan untuk menyampaikan berita tentang kembalinya AKAR pada tahun yang serba baru dan segar 2010.

Tarikh yang dijangka adalah pada 8 Januari 2010 atau 15 Januari 2010.
Molek lah sekiranya kalian mengosongkan hari tersebut untuk berAKAR bersama kami.

InsyaAllah sedikit pembaharuan daripada pihak kami akan dilakukan.
Sekiranya kalian ada cadangan yang hendak diutarakan, silalah2 seminit dua berketik di ruangan 'Cadangan' kami yang disediakan di 'Discussion Board' di Facebook.

Buat mereka yang mahu berkongsi karya,berhibur dan menghibur,berikan nama kepada saya ataupun penguatkuasa AKAR yang lain spt Syai atau Fauzan.

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan kepada kami.

Sekian dahulu dari saya.

Jangan lupa, dua tarikh keramat itu. AKAR akan kembali. ;)

1Rumpun
1NAma
1Bahasa

Yang bertugas,
Cici Suleiman

Monday, November 16, 2009

Teater : Natrah

Assalamualaikum

Kepada sesiapa yang suka menonton teater, jangan lepaskan peluang untuk menonton teater 'Natrah' yang diarahkan oleh pengarah wanita tersohor di Malaysia iaitu Erma Fatima yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 30 November 2009 ini,jam 8.30mlm...

Malam pembukaan pementasan 'Natrah' ini juga merupakan malam amal di mana semua kutipan pada malam tersebut akan disalurkan terus kepada rumah kebajikan yang akan menempatkan kanak-kanak terbuang dan tidak mempunyai tempat tinggal iaitu 'Rumah Lindungan Iman'.

Teater ini menampilkan barisan pelakon handalan seperti Maya Karin, Remy Ishak, Sofea Jane dan Umie Aida.

Harga tiket bermula daripada RM100 dan RM200 dan tempat duduk yang dijanjikan sememangnya memuaskan.

Untuk menempah / membeli terus tiket ini, sila hubungi Cici di talian 0172040420.
C.O.D...